Memaparkan catatan dengan label Makan nasi dengan Herbalife. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan nasi dengan Herbalife. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2014

Diet dengan makan..

Salam
Sambung lagi ye....
Jika kita ingin turunkan berat badan dengan cara diet herbalife, kita perlu menggantikan 2 kali makanan utama kepada shake herbalife. Dengan menggantikan makanan utama iaitu sarapan, tengah hari atau makan malam kepada makanan yang sihat dan seimbang seperti shake herbalife, ia membantu mengawal kadar kalori yang kita ambil seharian. Sekiranya saya mengambil sarapan dan makan malam shake herbalife, saya akan mengambil nasi pada waktu tengah hari. Dengan mengawal kadar kalori yang kita ambil, ini akan membantu untuk kita menurunkan berat badan.

Cara diet dengan herbalife amat mudah. Tidak perlu berlapar, tidak perlu berpantang. Kita hanya perlu mengikut jadual yang coach herbalife telah sediakan dan mengawal kuantiti pemakanan yang kita ambil seharian. 
Dengan cara diet herbalife, saya dapat menurunkan berat badan dan menikmati nasi dalam menu harian.  Nasi bukanlah masalah utama saya untuk menurunkan berat badan. Matlamat untuk menurunkan berat badan tetap tercapai sekiranya kita memahami cara diet yang sihat dan seimbang.
Ni saya perturunkan pelan pemakanan yang saya dapat
Pelan pemakanan yang saya ikuti

Ahad, 20 April 2014

Berdiet dengan nasi



Salam

Diet? Nasi? kadang kita sering diberikan fakta nak diet jangan makan nasi. Makan buah atau sayur atau lauk-lauk sahaja. Boleh tahan ke? Yee saya memang boleh tahan untuk 2 minggu sahaja. Dalam masa dua minggu tu saya terbayang makan nasi panas, buh kicap sikit makan ngan telur goreng sedapnya...atau makan nasi panas ngan sambal udang fuhhhhh sedap.. Dalam masa diet tanpa nasi tu saya berjaya kurangkan 2kg. Wau 2 kg dalam 2 minggu bagi saya satu perkembangan yang baik sebab berat saya memang payah nak turun.

Tapi tula tak menjadi sbb saya selalu teringatkan nasi, nasi....nasi....nasi. Pernah sy terbaca dalam FB dalam Kelab At*** Diet...org yang berjaya dengan diet ni selalu cakap dah bpa puluh tahun dok makan nasi so sudah2la makan nasi, tinggalkan plak untuk mendapatkan berat ideal. Memamng boleh pada yang hati keras, pada yang berdisplin dan pada yang cekal hati. Tapi kalu macam saya macammana tgk nasi je cair, tgk nasi je mula nak makan.
Itulah sbbnya sy beralih ke Herbalife. Sbbnya saya boleh makan nasi...yeeyyeye. Setelah mengikuti 2 x workout di Herbalife fitness dan ikut sesi penerangan yang sekejap tu sy tertarik. begitu juga sy suka search pasal Herbalife.. So rupanya
                                     2 x Shake Herbalife + 1 meal 
                           maknanya 1 Shake pagi, tengahari makan macam biasa dan 1 Shake malam
senang kan..Tapi tengahari tu jangana melantak 2 pinggan nasi penuh plak. Atau pun lepas makan nasi makn pasta ke mee goreng ke adoooooiiiiii confirmla tak boleh. nanti saya akan terangkan portion yang boleh dimakan dan sesuai.