Memaparkan catatan dengan label sihat dan cantik dengan herbalife. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sihat dan cantik dengan herbalife. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2014

Diet dengan makan..

Salam
Sambung lagi ye....
Jika kita ingin turunkan berat badan dengan cara diet herbalife, kita perlu menggantikan 2 kali makanan utama kepada shake herbalife. Dengan menggantikan makanan utama iaitu sarapan, tengah hari atau makan malam kepada makanan yang sihat dan seimbang seperti shake herbalife, ia membantu mengawal kadar kalori yang kita ambil seharian. Sekiranya saya mengambil sarapan dan makan malam shake herbalife, saya akan mengambil nasi pada waktu tengah hari. Dengan mengawal kadar kalori yang kita ambil, ini akan membantu untuk kita menurunkan berat badan.

Cara diet dengan herbalife amat mudah. Tidak perlu berlapar, tidak perlu berpantang. Kita hanya perlu mengikut jadual yang coach herbalife telah sediakan dan mengawal kuantiti pemakanan yang kita ambil seharian. 
Dengan cara diet herbalife, saya dapat menurunkan berat badan dan menikmati nasi dalam menu harian.  Nasi bukanlah masalah utama saya untuk menurunkan berat badan. Matlamat untuk menurunkan berat badan tetap tercapai sekiranya kita memahami cara diet yang sihat dan seimbang.
Ni saya perturunkan pelan pemakanan yang saya dapat
Pelan pemakanan yang saya ikuti

Ahad, 20 April 2014

Sihat dengan Herbalife (2)

Salam

Harini saya shake...shake lagi....Walaupun tak sihat rasa nak demam..tp rasa dah demam saya tetap bershake. So jom tgk apa shake saya harini...

Pagi : Shake F1 Strawberri + F3 + Susu HL
     Pukul 10 (Selalu rasa lapar wkt ni) - makan ikan sardin (breakfast td buat nasi lemak kat anak2)
Tengahari : makan nasi +ikan keli+ikan sardin+kerabu mempelam
      Tea time : ter...lagi sekali ter....murtabak 2 hiris
malam : Shake F1 Strawberri +F3 +susu HL
Lepas ni cadang nak tambah buah plak pada shake ....

Biasanya sya waktu siang tak sangat rasa lapar saya lebih lapar d waktu malam. nanti nak kena coach boleh tak nak minum MILO ...
ok itu saja untuk arini

Berdiet dengan nasi



Salam

Diet? Nasi? kadang kita sering diberikan fakta nak diet jangan makan nasi. Makan buah atau sayur atau lauk-lauk sahaja. Boleh tahan ke? Yee saya memang boleh tahan untuk 2 minggu sahaja. Dalam masa dua minggu tu saya terbayang makan nasi panas, buh kicap sikit makan ngan telur goreng sedapnya...atau makan nasi panas ngan sambal udang fuhhhhh sedap.. Dalam masa diet tanpa nasi tu saya berjaya kurangkan 2kg. Wau 2 kg dalam 2 minggu bagi saya satu perkembangan yang baik sebab berat saya memang payah nak turun.

Tapi tula tak menjadi sbb saya selalu teringatkan nasi, nasi....nasi....nasi. Pernah sy terbaca dalam FB dalam Kelab At*** Diet...org yang berjaya dengan diet ni selalu cakap dah bpa puluh tahun dok makan nasi so sudah2la makan nasi, tinggalkan plak untuk mendapatkan berat ideal. Memamng boleh pada yang hati keras, pada yang berdisplin dan pada yang cekal hati. Tapi kalu macam saya macammana tgk nasi je cair, tgk nasi je mula nak makan.
Itulah sbbnya sy beralih ke Herbalife. Sbbnya saya boleh makan nasi...yeeyyeye. Setelah mengikuti 2 x workout di Herbalife fitness dan ikut sesi penerangan yang sekejap tu sy tertarik. begitu juga sy suka search pasal Herbalife.. So rupanya
                                     2 x Shake Herbalife + 1 meal 
                           maknanya 1 Shake pagi, tengahari makan macam biasa dan 1 Shake malam
senang kan..Tapi tengahari tu jangana melantak 2 pinggan nasi penuh plak. Atau pun lepas makan nasi makn pasta ke mee goreng ke adoooooiiiiii confirmla tak boleh. nanti saya akan terangkan portion yang boleh dimakan dan sesuai.

Sabtu, 19 April 2014

Berzumba kita....

dr pakcik google




Salam
arini aku g berzumba kat tempat herbalife (HL) tu...bestnya anak murid sume pompuan. walaupun coach ada dua lelaki tp depa xkacau..depa dok dlm bilik je bancuh shake. klas stat lambat sbb request dr student awal sgt tp bolehla wkt tu 9.30 pg.
Sebelum tu aku dah minum air segelas, n shake F1(Perisa strawberri) + F3 + HL coklat.Nyumnyumm
memang sedap. tp kantoi plak bila anak teruna aku nak sarapan aku ter...ter ok ..roti canai planta..So aku rasa sikit je buat rasa anak tekak heehhhe...lpas tu bancuh 2 litre air +teamix .minum
Bila p berzumba upanya depa bancuh lagi 1 gelas teamix n 1 gelas shake..so 2 shake aku makan arini..Dekat sejam berzumba yg bestnya cikgu zumba tu peknen lagi tapi menggedik zumba mengalahkan orang tak peknen caiyok lee..aku sendiri malu tak selembut dia..tp br elajar kira ok la tu..
Apa yg pasti bila time timbang , aku turun 2 kg yebabaaaaa..Alhamdulillah bestnya tak terkata..Patut la rasa ringan je bdn. So aku akan usaha lgi insyaAllah
So Arini:
                 Breakfast - Shake  + teamix (termakan roti canai skit)
                 Teamix
                  Lunch -Nasi +tomyam udang +roast chiken (sayuq takde stok)
                  Malam - shake

       
gambar di atas dua2 dr pakcik google



Cdgan dr coach..buat teamix pekat dan panas dan minum -kurangkan selsema n demam...satg nak buat sbb rasa nak demam.

Khamis, 17 April 2014

Sihat dan Cantik

Salam

aku ada blog baru plak....Blog lama pun jarang update. apapun blog ni adalah sekadar menceritkan perjalanan herbalife dan aku. Senang aku nak cari kelemahan dan kekuatan aku. mesti hampa sume dok kata segala bnda nak makan..tapi tak kurus-kurus pun. upppsss...memang nyer tp nak buat macammana aku dah cuba 3 bulan aku bg tempoh pada diri aku nak cuba sesuatu produk, kalu tak berkesan aku tinggal ...buat apa nak habis duit kann
Dan apa yang pasti aku nak sihat dan cantik. Apa yang pasti bila sihat confirm la kita cantik (walau takla lawa mana pun). Bila kita sihat- tak sakit lutut, tak sakit pinggang, tak sakit badan, sentiasa fit maknanya kita akan rasa selesa, kuat dan bertenaga. Bila dah ada sume kita tak murung kita tak sedih, kita tak rendah diri...kita akan jad cantik, segar dan bertenaga. Sapa tak mau ? btoi dak?
InsyaAllah aku cuba untuk update aku punya perjalanan dengan herbalife...InsyaAllah...Ekceli ni botol kedua...Yg tu br nak warming up...tp jg ikut stail aku...tak perlu warming up...teruskan aje dengan yakin dan displin...